Monday, March 24, 2014

:: Sweet & Sour ::

Tok3x!!!
Assalamualaikum... (^_^)


Alhamdulillah....hari ini...selesai uruskan semua dokumen utk posting...
Fuh..lega...rasa ringan sikit berat badan nie, opss..salah taip pula, rasa ringan sikit perasaan lepas dah uruskan apa yg patut... urusan selebihnya akan diuruskan kemudian. Terima kasih kpda yg mendoakan kami agar dipermudahkan urusan... Semoga Allah permudahkn sgla urusan kalian juga..amin.... ^_^

InsyaAllah Hari Khamis nie senarai nama penempatan keluar sudah. 
Di mana la tu sy dpt aa..? nervous oh..hee... :D

Apa2 pun, hari ini sy dapat satu berita yg buat sy hampir menitiskan air mata. 
Sedih tp itulah hakikat kehidupan... Walaubagaimana pun, sy happy sebab dia kuat hadapi dugaan yg bg sy sgt besar tu... 
Sy doakan dia sentiasa tabah, kuat dan sabar dlm menempuh dugaan itu.
Jangan sedih sahabatku, kerana kamu masih ada KAMI, teman2 yg sentiasa disisi...x akan pernah meninggalkanmu, walau apa pun yg berlaku, kerana sahabat sejati sentiasa bersama...

di saat ketawa & menangis...
di saat suka & duka...
di saat pahit dan masin...
dan di saat sweet & sour...

...kerana kita menjalin ikatan PERSAHABATAN ini untuk menempuhi asam garam kehidupan bersama...

Peristiwa hari ini mengingatkan sy bahawa,

 setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, 
setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya,
mohonlah, mintalah kepada Allah yg Maha Esa,
semoga dipermudahkan segala urusan,
semoga dilapangkan hati yg lara,
semoga diselesaikan segala masalah yang membelenggu jiwa,
semoga mendapat redha-Nya di dunia dan akhirat. 
InsyaAllah...

Semoga Allah beri kekuatan kepada diri saya dan rakan2 seperjuangan yang lain untuk menghadapi apa jua cabaran yg bakal mendatang setelah bergelar seorang guru kelak. 
Aminn Ya Rabb...InsyaAllah...


(^_^)y

Monday, March 3, 2014

Ciri-ciri Wanita Penghuni Syurga*


Tok3x!!! ^_^ 
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.... 

Ciri-Ciri Wanita Syurga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan lelaki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penghuni Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?


Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.



Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki.


Diantara ciri-ciri Wanita Penghuni Syurga adalah :

  1. Bertakwa.
  2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.
  3. Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.
  4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
  5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
  6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.
  7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
  8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.
  9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
  10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
  11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
  12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
  13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
  14. Berbakti kepada kedua orang tua.
  15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
Demikian beberapa ciri-ciri wanita Penghuni Syurga yang disadur dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Penghuni Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :

” … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” 
(QS. An Nisa’ : 13).

Jom Baca entri nie pula : (^_^)y



Wallahu a'lam bissawab...

Wanita Solehah, Buatlah Bidadari Syurga Cemburu Padamu...*


Tok3x!!! ^_^ 
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh....


Firman Allah S.W.T , yang bermaksud:

“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)

Layakkah aku menjadi bidadari syurga buat suamiku?

Itulah soalan yang sering bermain-main di fikiran sy sejak akhir2 inie...hurmm...
Si SuperHero sy pernah cakap yg sy nie umpama bidadari dunia, dan bidadari syurga bg dia..
dia jg pernah cakap, sy 'Ainul Mardhiah' dia, InsyaAllah... 
Semoga tutur katamu menjadi salah satu doa yg diangkat oleh para malaikat ke hadapan Allah S.W.T.. Aminn ya Rabbal 'alamin...

Siapa  nda mao jadi bidadari syurga kan? sy rasa itulah impian setiap wanita di dunia ini...kan..^_~

Pernah dengar yg isteri solehah akan jadi bidadari utk suami dia yg soleh bila di syurga nanti... Subahanallah...pasal tu la  semakin berkobar2 semangat mao jadi bidadari syurga...huhu...
Siapa nda mao jadi bidadari utk suami dia di syurga nanti kan? mestila mau....sy pun mao bah jadi bidadari untuk SuperHero sy nanti...cewaah... ;p

TAPI....

Macammana mao jadi sehebat dan secantik bidadari??
Perlu ka sy minum 'AuraWhite', pegi 'Slim World' dan pakai cantik2? >.<

Macammana aa supaya saya boley jadi bidadari utk suami sy nanti??

Isyy..nda boley jadi nie...

Tanpa membuang masa....terus ke depan laptop dan buka google chrome...hee...
(Segalanya ada di hujung jari, cari3x, sda jumpa, pilihlah informasi yg  betul dan sahih, yek.. ^_~)

Untuk jadi cantik macam bidadari, 1st thing is kita mesti la ambil tau dulu, secantik apa bidadari syurga nie...kan..?

"Gambaran Bidadari-Bidadari Syurga Menurut Hadis Rasulullah SAW dan Al-Quran al-Karim"

1. Harumnya Bidadari



Kita beli macam2 jenis perfume atau deodorant utk pastikan badan kita sentiasa harum dan segar sepanjang hari... tapi si bidadari x perlu pakai perfume berjenama yg mahal2...sbb dorang mmg diciptakan Allah dengan haruman dan aroma yg memukau...

Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,“Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)


2. Putihnya Bidadari


Allah Ta’ala berfirman, “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” 
(Qs. ar-Rahman: 58). 

al-Hasan dan majoriti ahli tafsir lainnya mengatakan bahwa yang dimaksudkan adalah bidadari-bidadari syurga itu sebening yaqut dan seputih marjan.

“(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam kemah.”
(Qs. Ar-Rahman: 72). 
Maksudnya para bidadari tu dipingit hanya diperuntukkan untuk suami dorang ja, orang lain nda nampak dan xda yang tau sebab dorang berada di dalam kemah.

 3. Kecantikan Fizikal


Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkemilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam surga nanti tidak ada bujangan.”
 (HR. Bukhari dan Muslim)


“Demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari.” 
(Qs. Ad-Dukhan: 54)

Abu Shuhaib al-Karami mengatakan, “Yang dimaksud dengan hur adalah bentuk jamak dari haura, yaitu wanita muda yang cantik jelita dengan kulit yang putih dan dengan mata yang sangat hitam. Sedangkan erti ‘ain adalah wanita yang memiliki mata yang indah.

Al-Hasan berpendapat bahwa haura adalah wanita yang memiliki mata dengan putih mata yang sangat putih dan hitam mata yang sangat hitam.

4. Sopan dan Pemalu




Allah Subhanahu wa Ta’ala menyifati bidadari dengan “menundukkan pandangan” pada tiga tempat di Al-Qur’an, iaitu:

“Di dalam syurga, terdapat bidadari-bidadari-bidadari yang sopan, yang menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan? 
Seakan-akan biadadari itu permata yakut dan marjan.” 
(Qs. Ar-Rahman: 56-58)

“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.” 
(Qs. Ash-Shaffat: 48)

“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.”

Seluruh ahli tafsir sepakat bahwa pandangan para bidadari surgawi hanya tertuju untuk suami mereka, sehingga mereka tidak pernah melirik lelaki lain.

*************************************************

Itu semua hanyalah sedikit gambaran yang Allah berikan tentang bidadari di syurga. Kerana bagaimanapun gambaran itu, manusia tidak akan mampu untuk membayangkan wajah bidadari yang sebenar, kerana sesuatu yang berada di syurga adalah sesuatu yang belum pernah kita lihat di dunia ini.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, mengatakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hamba-Ku yang shalih sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh pikiran.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

*************************************************

Manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?

Hurmm... macam tu rupanya gambaran kecantikan dan keindahan para bidadari syurga...memang sangat membuat para wanita dunia cemburu dan iri hati... Tapi..lepas dapat tau pasal sifat fizikal dan akhlak bidadari syurga, bukanlah bererti bidadari lebih baik daripada wanita syurga ( wanita dunia yang mendapat ganjaran syurga). Sebab... wanita-wanita syurga tu memiliki keutamaan yang besar, sebagaimana disebutkan dalam hadis nie..

“Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

dan... 

Seorang manusia diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian, 

“Dan manusia telah diciptakan dengan sebaik-baik rupa.” 
(Qs. At-Tiin: 4)

Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau shallallahu’‘alaihi wa sallam menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.
Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”
Beliau menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya diperbuat daripada emas. 
Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.’.” 
(HR. Ath Thabrani)


*************************************************



Subahanallah.... Betapa indahnya gambaran tentang bidadari syurga sehingga membuatkan sy, wanita dunia, menjadi semakin bersemangat dan beria-ia untuk menjadi sebaik-baik perhiasan dunia agar dapat menjadi perhiasan akhirat yang jauh lebih indah dan kekal.... Lepas baca semua nie, sy dpt tau yg menjadi wanita penghuni syurga itu lebih utama dari para bidadari yang cantik rupawan. 

Walaupun begitu...... 

...saya masih ingin berCITA-CITA dan berUSAHA dengan lebih gigih lagi untuk menjadi wanita penghuni syurga sekaligus meraih gelaran bidadari syurga buat suami... ^_^  Amin Ya rabbal 'alamin...

P/S : Duhai para wanita dunia, marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjadi Wanita Penghuni Syurga dan meraih gelaran Bidadari Syurga. Masih belum terlambat untuk bermula dari sekarang...Jangan berlengah lagi, jom kita jadi solehah, dan buat para bidadari syurga cemburu pada kita...dengan kecantikan akhlak, iman dan taqwa yang kita bawa sebagai bekal untuk ke Syurga kelak...InsyaAllah..  Jom baca juga tentang Ciri-ciri Wanita Penghuni Syurga  ^_^

"...Sifat dan keindahan bidadari syurga akan melekat pula pada 
perempuan-perempuan solehah yang memasuki surga..."

Wallahu a'lam bissawab...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...