Friday, June 29, 2012

Tips MENGATASI rasa CEMBURU..

Tok3x!!~ Assalamualaikum....
Cuba lihat cemburu itu sebagai sesuatu perkara yang simple, boleh diurus,
dan menarik untuk ditangani, mcm tulisan di atas..hehehe
Sblm nie PutRy ada  post entri tentang jenis2 cemburu, so kali nie sy mao share pla beberapa tips utk atasi rasa cemburu" tu... ^_^

Cuba anda pejam mata dan bayangkan perasaan anda ketika anda sedang cemburu, apa yg anda rasa? sakit kn? apa yg sakit? perasaan? hati? jiwa? mcm seeemuaa sakit kn? bukan setakat sakit, ada lg tu yg tlampau parah sda... rasa mcm mao ambil ja tu 'org' kc masuk dlm botol pastu shake2x.hehe..rasa cemburu nie ada byk, cemburu ngn kwn2, jiran2, pasangan (bf/gf), adik beradik, dan siapa2 shja...



Dlm entri  nie, sy  fokuskan TIPS utk atasi rasa cemburu terhadap pasangan (suami/isteri , bf/gf) sbb nie yg paling femes dn kerap berlaku dlm khidupan seharian kta, ceyy....errmm...biasanya bila sy cemburu, scra x langsung akan ada dua atau lebih perasaan yg turut hadir bersama perasaan cemburu tu, antaranya (1) Sedih / kecewa dan (2) Angry Bird....^_^

Cemburu + sedih(kecewa) vs Cemburu + angry (marah) = 2 perkara nie adlh berbeza..tp mungkin juga akan timbul perasaan mcm nie---> Cemburu + marah + sedih(kecewa). kn? hehe... apa mksudnya tu...? masing2 faham la kn...^_^

Tips yg sy share nie sdkt sbyk adlh drpd pengalaman sy sendiri dlm mengatasi rasa cemburu yg melanda si hati... ^_^


TIPS ATASI RASA CEMBURU

Eeee...geRaAmMmnyAaaa...

Bila sy cemburu, sy akan buat mcm nie.....

1.TANYA DIRI SENDIRI--> "Knapa sy cemburu? Perlu ka sy cemburu? Apa yg sy dpt klu sy cemburu? Dpt hadiah ka? xda pun...klu ada hari2 cemburu pun xpa :p


Bila saya tahu, apa PUNCA kepada rasa cemburu sy tu, sy rasa lebih mudah  utk fikir & cari cara mengatasinya..
Percaya bahawa anda sebenarnya seorang yang kuat dan hebat!


2. TIDAK MEMBANDINGKAN DIRI--> "X kisah la....biarlah dia lawa ka, kaya ka, pandai bersolek ka, sy x akan rasa tercabar... Sebab...setiap org ada kelebihan tersendiri...mungkin sy x hebat pd paras rupa, tp biarlah psngn sy yg menemukan kelebihan sy tu, sy da cukup puas hati dan bersyukur dgn diri sy sekarang! "

Biasanya perasaan cemburu hadir sebab kita suka membandingkan diri kita dengan pmpn/lelaki lain. Semakin kita membanding2 semakin mudahla rasa cemburu tu timbul, lebih2 lg klu jwpn yg kita dpt slepas membuat perbandingan tu byk menunjukkan kekurangan pd kita. Sebaiknya, kita perlu berusaha utk menyerlahkan bintang yg sedia ada dlm diri kita spya psngn kita silau, x nmpk pmpn/lelaki len slain kita, hohoho~ (sbenarnya spy kita jd lebih berkeyakinan apabila berada di depan psngn kita). Bukankah psngn kita tu menyukai kita sbb diri kita? jd buat apa susah pyh mao banding2kan diri dgn org lain...cukup kita gilap potensi diri kita, perbaiki mana yg perlu dan jadi yg terbaik utk psngn kita. Anda gembira, pasangan pun Happy~ ^_^

3. HARGAI DIRI SENDIRI--> Seorg 'teman' selalu berpesan kpd sy, ktka sy sdg diambang cemburu... "Sudahlah...kau hanya menyakiti hati kau sendiri dgn berfikiran(cemburu) mcm tu..." Bila difikir2kan, BETUL jg...hehe... mmg sgt sakit kn bila rasa cemburu sda bertapak di hati? Oleh itu, hargailah diri anda.. Sedarlah bhwa rasa cemburu itu hanya akan menyakitkan anda...tidak mendatangkan manfaat sama sekali... Oleh itu, sayangi diri anda, jangan biarkan rasa cemburu bersarang di hati anda, jangan biarkan rasa cemburu menyakiti jiwa dan perasaan anda, jangan biarkan rasa cemburu menguasai diri anda! Berhentilah menyakiti perasaan sendiri dan bebaskan diri daripada bencana cemburu.

4. BERBINCANG--> Dlm apa jua  perkara/masalah, perbincangan adlh sgt penting dan merupakan jln penyelesaian yg terbaik utk sesuatu perkara/masalah. Seeloknya berbincanglah baik2 dgn psngn dn nyatakan secara terus terang apa yg sedang kita alami/rasai... jgn sesekali bersikap gopoh dlm menyatakan rasa cemburu di hati, silap haribulan psngn anda akan melabel anda sebagai seorg yg 'kuat cemburu'/ 'cemburu buta'. Sedih kn? huhu..ada caranya dan ada penyelesaiannya. Mengikut pengalaman sy, sbelum kita berterus-terang, seeloknya kita mulakan perbicaraan dgn permulaan yg baik dan menyenangkan hati si pendengar terlebih dhlu, stelah tu barulah kita perlahan2 menyatakan maksud yg tersirat d hati kita, barulah si dia boleh menerima dgn hati terbuka dan tenang...


5. MUHASABAH DIRI / HUBUNGAN--> Cuba 'review' balik hbgn kita dgn psngn kita. Klu cemburu adlh punca utama yg mnyebabkan timbulnya mslh dlm hbungan kita dn psngn, maka lihatlah kembali diri kita dan psngn, adakah masih wujud rasa saling percaya dan jujur antara 1 sama lain? ingatlah bhwa kejujuran dan kepercayaan adlh kunci kebahagiaan dlm sesebuah hbgn. hurmm....ringankanlah hati utk bermuhasabah diri...mgkn jg hati telah kekurangan mknn rohani...huhu...(-_-")

6. BERSANGKA BAIK--> Sentiasa menyucikan minda dn fikiran dgn sangkaan yg baik2... Beristighfarlah dan berdoalah, memohon keampunan drpd Allah seandainya ada berprasangka buruk, dan berdoa memohon kepada Allah agar diberi kekuatan utk sentiasa bersangka baik serta dijauhkan drpd sifat cemburu...

P/S: Setakat nie dulu la perkongsian buat hari nie...ada byk lg sbenarnya, tp x larat mao taip...hehe...sekian n tq 4 reading~ (^_~)y

Tuesday, June 26, 2012

Cemburu POSITIF VS Cemburu NEGATIF

Tok3!!~ Assalamualaikum...

 {CEMBURU} +("~")+


*Orang yg tengah ber'couple' kata... "Cemburu tu tanda sayang!"

**Orang yg dah kawen kata..... "Cemburu tu tanda Cinta!"

***Orang yg putus cinta kata.... "Cemburu tu menghancurkan hubungan!"

****Orang yg putuskan cinta kata.... "Cemburu tu buat aku meluat!"

Hmm....(",) macam2 pendapat kn...klu pendapat sy pula..."Cemburu tu adalah cemburu, CEMBURU is JELOUS~" (...can't xplen it wif da words...hnya yg merasainya shja yg tahu apa itu Cemburu... ceyy..) hoho..

Sy pasti semua org tahu... 'cemburu' adalah fitrah semulajadi manusia.. Siapa dlm dunia nie yg x pernah rasa cemburu? Semua org pasti pernah rasa cemburu kn? X kisah la cemburu yg mcmna, cemburu ngn jirn ka, ngn kawan2 ka, ngn bf/gf ka sbb dorang layan lelaki/pmpn len lebih2.. :p  semua org mesti pernah cemburu punya la, tipu la klu x pernah.. hehe...

Sememangnya sgt2 mustahil jika seseorang manusia biasa & normal yg da hidup selama lebih dari 10 tahun d bumi nie x pernah merasai cemburu.  Sedangkan budak umur 3 4 tahun pun sda pndai cemburu bila tgk kwn2 len ada mainan  tp dia xda.hee... Sebabnya..cemburu tu slh satu penambah rasa/perencah  dlm kehidupan seharian kita di dunia nie... (^_~)y

Rasa cemburu nie ada mcm2 jenis... Ada cemburu yg POSITIF, ada cemburu yg NEGATIF. Maksudnya...cemburu positif tu ialah cemburu yg mendatangkan kebaikan samaada kpd diri si pencemburu atau terhadap org di sisinya mahupun di sekelilingnya.

Cemburu NEGATIF nie pula ialah cemburu yg mendatangkan keburukan bukan sahaja kepada diri si pencemburu, bahkan semua orang di sekelilingnya...


Jelousy is @#$%&^$*/  hehehe...

Erm...sy ada baca sebuah buku keluaran JAKIM yg menyatakan bahawa cemburu  terbahagi kpd dua, iaitu cemburu yg b'asaskan KEIMANAN & cemburu b'asaskan NAFSU.

 1. Cemburu b'asaskan KEIMANAN: cemburu bg m'halang kemungkaran / maksiat yg dilakukan oleh psngn. KESANnya~ membawa keharmonian dan kebahagiaan dalam rumah tangga.

2. Cemburu atas dasar NAFSU: Tuduh-menuduh & berprasangka buruk tanpa usul periksa. AKIBATnya~ merosakkan rumahtangga/ hubungan.




♥ Batas-batas cemburu... ♥

Sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah Hadis yg bermaksud:

Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yg disukai Allah dan ada yg dibenci Allah. Dan adapun cemburu yg disukai Allah ialah cemburu yg ada padanya keraguan manakala cemburu yg dibenci Allah adlh perasaan cemburu terhadap perkara yg tidak ada keraguan."

(Riwayat Ibn Majah)


P/S: As Owes...pilihan di tangan anda..so, pilihlah dgn BIJAK! (^_^)

Jom baca tips atasi cemburu dari PutRy CiNta --> Tips mengatasi rasa Cemburu

Monday, June 11, 2012

JUJURlah Padaku~



"Kalau sy balik-baaaaalik kena tipu oleh org yg sama, apa sy akan buat?"

1. TIPU dia balik~ hihihi...

2. or, berdoa ja spya dia akn sentiasa ditipu seumur hidup dia, hahaha..(kejam sgt la pulak..)

3. xdala...sebaiknya, doakn sja la spya dia berubah dan moga2 Allah beri petunjuk dn sntsa buka mata kita agar x tertipu lg oleh c manusia ituw... (^_~)y

P/S: Allah itu Maha Adil, klu kita ikhlas n jujur Allah pasti akan tunjukkan keikhlasan dan kejujuran pada kita. X pyh kita jadi 'spy' yg terkejar2 mencari kebenaran dn kejujuran, tapi kita hanya perlu jd si jujur yg setia dan Allah pasti akan balas kejujuran kita dengan menunjukkan kebenaran pada kita. Percayalah! dan Yakinlah pada kuasa Allah SWT. Wallahualam~(^_~)y

KETAHUILAH BAHAWA....

--> Orang yg suka berkata JUJUR mendapat 3 hal:


1. KEPERCAYAAN

2. CINTA

3. RASA HORMAT

P/S: Jujurlah pada SEMUA ORANG, terutama sekali dia yg anda syg.

::"Sy tipu utk elak timbul salah faham antara sy & dia" ::

:: "Sy x nak berlaku pergaduhan/pertengkaran antara kami" ::

:: "Sy nak jaga hati dia..x nak kecewakan dia.."::

:: "Sy terpaksa tipu sbb sy sygkn dia.."::


JANGAN jadikan ITU sebagai alasan utk tidak berkata jujur. Sejauh mana kata2 DUSTA itu akan menjamin kebahagiaan sesebuah perhubungan? Malah KEDUSTAAN yg dicipta itulah yg akan MENGHANCURKAN sebuah kebahagiaan, bukan saja kebahagiaan dlm perhubungan bahkan mungkin kebahagiaan dlm hidup.. Beringat-ingatlah...sebelum terkena~ (^_~)y

Jom join Kursus Praperkahwinan Islam~




{Akhirnya dpt jg isi masa cuti nie ngn perkara yg berfaedah...ikut "KURSUS KAHWIN", Alhamdulillah~ dpt byk input yg bermanfaat, terutama skali ilmu2 tentang kehidupan berumah tangga...wah3...mcm buleh kawen sda kan...hehe..ermm..so.. mao kongsi la sdkt sbanyak apa yg sy dpt kn...smoga bermanfaat buat semua~(^_~)}
____________

S= Sabar
U= Usaha
A= Arif
M= Mirhana
I= Imam



I= Iman
S= Setia
T= Takwa / Tawakal
E= Ekonomi
R= Ruhama' / Redha
I= Ikhlas
___________

Mirhana = Ksh syg yg 'seimbang'
Ruhama' = Ksh syh yg 'berpanjangan'
____________


Ooo... rupanya SETIAUSAHA nie berperanan penting dalam kehidupan sesebuah rumah tangga...opss...jgn slh tafsir, slh fhm, n slh anggap ya..SETIAUSAHA yg dimaksudkan di cni iyelah SETIA (yg ada pd kalimah isteri) & USAHA (yg ada pd kalimah suami)~ (^_~)y

{Penceramah kata..}

"Org yg paling KUAT adlh org yg paling tinggi KESABARAN..."

P/s: Para suami dn para isteri, tingkatkanlah KESABARAN anda....terutamanya setelah bergelar ayah dan ibu, semoga ianya menjadi 1 kemanisan dlm hidup berumah tangga~(^_~)

"Org yg BERIMAN mudah memahami, x suka disakiti dan tidak suka menyakiti(pandai menjaga hati pasangan)..InsyaAllah..."

P/S: Carilah, Pilihlah, dan Nilailah psngn anda dr sudut KEIMANANnya (dalamannya), bukan hanya dari sudut KETAMPANAN atau KECANTIKAN luaran semata-mata~(^_~)

{Pemilihan JODOH...}

Kpd kawan2 yg tngh mencari jodoh atau lebih tepat lagi calon isteri/suami...cni ada beberapa kriteria calon suami/isteri yg dicadangkan dalam Islam~ let's check it out~

<3 Kriteria Calon Suami...

1. Menghayati Agama
2. Mampu memimpin keluarga
3. Memiliki akhlak mulia
4. Berharta dan dari keturunan yang baik

<3 Kriteria Calon Isteri...

1. Menghayati Agama & mengutamakannya
2. Daripada keturunan yang baik
3. Rupa paras yang cantik
4. Berharta

Kenapa kriteria calon isteri yg ke-3 "Rupa paras yang cantik"? sedangkn kriteria calon suami xda pun mesti "yg ensomm, kacak, atau tampan"... apa nih~ x adil~ suka ati kita la mao letak kriteria calon kita apa, kaya ka,pangkat besar ka, keta besar ka, lawa ka, comel ka, muka ala2 korea ka, suka ati laa...ceyy~(-_-")

hehe..sbenarnya smua yg dah ditentukan tu ada HIKMAHNYA....(kata penceramah kursus praperkahwinan)

Cuba kita fikir2..knp dikatakan perempuan itu ada 1 akal & 9 nafsu, sedangkan lelaki cuma ada 1 nafsu & 9 akal, penceramah kata--> 1 nafsu lelaki itu terletak pd 'mata'nya..hurmm..fhm2 sendiri la kn..^^ klu isteri cantik dn menawan pasti menjadi 1 bonus pd si suami,tapi... mcmna pula ngn isteri2 yg x sberapa cntik??? diz iz not fairrr~ hehe....kawan sy kata---> CANTIK itu terletak pada MATA yg memandang...Klu dilihat cntik pd pndngn mata seseorang itu maka cntik la dia, tp klu cntik mcmna pun seseorang tu, klu pd mata org yg memandang x cantik, tetap k.o (x cantik) jgk,hoho~ Bak kata org yg mengatakan--> CANTIK itu Subjektif~

Kesimpulannya~ Kecantikan itu perlu utk menambat hati suami....utk memikat hati suami.....tapi cantik tu biarlah cantik 'luar dan dalam'..sbb klu cantik luar ja x bermakna klu yg dalam(hati) x cantik...kn..hee...Nway...rata2 kaum lelaki smua suka ngn pmpn yg cantik(pandai menghias & menjaga penampilan diri), tp..berbeza pula ngn kaum perempuan nie...kebanyakan perempuan suka n tertarik ngan lelaki yg menyayangi dorang spenuh hati...betul x kaum hawa sekalian??? (^_~)y

4 der lasss~ KURSUS KAHWIN nie bukan utk org yg suda ada calon ja, yg belum ada calon pun bole ikut, so, sepa2 yg blm ikut, bole la merancang utk ikut bila ada masa terluang..lagi2 yg sda ada calon, lg awal lg bagus kn, nnt x payah kelam kabut, manatau jodoh sampai awal~ amin~ hee~ (^_~)y
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...