AKU TAK MENDUGA SAYANGMU (PART 3)
{BY: PutRy CiNta}
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
“Kenapa macam ni Amir.. Anak ayah tak suka ke..?”
Pak Arshad cuba menenangkan anaknya, dia tahu, Amir pasti terkejut mendengar apa yang telah diberitahunya sebentar tadi. Pak Arshad mengusap-usap bahu Amir perlahan dengan harapan Amir akan dapat menenangkan fikirannya dan perasaannya.
“Amir.. masanya tak sesuaikah untuk ayah beritahu Amir tentang perkara ni?”
Pak Arshad cuba meneliti dan mencari sebab mengapa Amir berkelakuan sebegitu.
“Tak sesuai ayah. Masanya memang tak sesuai, tak sesuai!” Suara Amir masih lagi keras, kali ini seperti ingin meninggikan suaranya tetapi sedaya upaya cuba ditahan.
“Maksud Amir? ” Ayah rasa, inilah masa yang sesuai, Amir dah besar sekarang, dah ada masa depan yang cerah. Dan ayah yakin Amir akan faham.”
Pak Arshad menggeleng perlahan. Dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena pada pandangan Amir. Dia tidak mahu anaknya menyangka bahawa dia tidak menyayangi umi Amir, isterinya yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Dia amat menyayangi isterinya itu, dia juga tidak menyangka perasaan yang telah lama terkubur di lubuk hatinya yang paling dalam akan hidup kembali. Sungguh dia tidak menyangka, kasihnya terhadap wanita itu sebegitu rupa. Pak Arshad tidak berputus asa dan masih cuba menjelaskan kepada Amir perkara yang sebenar.
“Amir tak setuju ayah kahwin dengan makcik Raida? Amir.. ayah bercadang nak kahwin dengan makcik Raida, bukan kerana ayah dah lupakan umi Amir.. ayah masih sangat sayangkan umi Amir.. tapi.. ayah pun tak menduga perkara ni akan berlaku, ayah tak dapat menipu diri sendiri.. ayah juga sayangkan Raida”.
Tiada jawapan. Amir diam membisu. Pak Arshad sabar menanti jawapan dari anaknya. Tidak lama kemudian, Amir pun bersuara.
“Ayah.. kenapa sekarang baru ayah bagitau Amir? Kenapa tak dari dulu lagi? 11 tahun yang lalu. Kenapa sekarang ayah? Kenapa?!”
Amir memalingkan wajahnya dari memandang ayahnya, dia tidak mahu ayahnya mengetahui gejolak perasaan yang dialaminya saat itu.
“Ayah takut Amir tak dapat terima kalau ayah beritahu Amir perkara ni dari dulu, masa tu Amir masih kanak-kanak lagi, Amir takkan faham dan Amir tentu takkan dapat terima..”
“Amir terima ayah.. takkan ayah tak kenal anak ayah? Amir pasti setuju kalau ayah bagitau Amir dari dulu lagii, tapi kenapa sekarang baru ayah bagitau Amir semua ni, Amir bingung ayah!”
“Bingung? Apa yang buat anak ayah bingung? Bagitau ayah Amir.. Amir tak suka makcik Raida ke?”
“Bukan tak suka ayah.. Malahan Amir terhutang budi pada makcik Raida kerana dah banyak tolong kita, beri pekerjaan pada ayah, bantu biayai pengajian saya, dan menjaga kebajikan ayah sepanjang saya dalam pengajian. Saya ingat semua tu ayah, saya tak pernah lupa walau sedikit pun semua budi dan jasa makcik Raida pada kita selama ni.”
Lega Pak Arshad mendengar kata-kata Amir.
“Baguslah macam tu nak.. Ayah yakin Raida boleh jadi ibu yang baik untuk Amir, dan Aisyah pula, ayah tahu Amir sayangkan Aisyah dan ayah yakin Amir dapat menerima Aisyah sebagai adik kelak. Kalau begitu.. apa sebenarnya perkara yang buat Amir tak setuju?.”
Amir menghampiri jendela dan melontarkan pandangannya jauh ke luar rumah. Suasana yang hening ketika itu ditambah pula dengan tiupan angin yang berpuput sepoi-sepoi bahasa, membantu menenangkan gejolak perasaan Amir yang sedang membara saat itu. Amir mendongak, merenung langit luas. ‘Ya Allah, aku ini hamba, Engkaulah Khaliq, yang mengetahui segala hikmah di sebalik kemelut diriku ini’. Desis hati Amir. Pak Arshad hanya melihat perlakuan Amir dan menunggu Amir bersuara. Amir menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.
“Hmm... makcik Raida memang seorang yang baik ayah.. dan juga ibu yang baik.. tapi..”
“Tapi kenapa Amir..?”
“Ayah...”
Amir menggenggam erat tangan ayahnya. Wajah Aisyah, gadis pujaannya itu, bermain-main di kotak fikirannya. Bersilih ganti dengan wajah ayahnya yang telah banyak berkorban dan berjasa kepadanya, yang tidak pernah jemu mendidik dan mengasuhnya dengan penuh kasih sayang. Sehinggalah dia menjadi seperti hari ini.
“Baiklah ayah, Amir setuju”
Suasana sunyi seketika.
“Alhamdulillah.. terima kasih anak ayah”
Pak Arshad memeluk anak kesayangannya itu, Amir sedaya upaya cuba mengukir senyum, walaupun pilu dihatinya, terasa bagai dihiris belatih tajam. Namun Amir tumpang gembira untuk ayahnya. ‘Amir sayangkan ayah...’ Bisik hatinya.
Hembusan bayu yang bertiup...
Bersama deruan ombak...
Yang memukul pantai... Hatiku sayu bila mengenangkan..
Perpisahan yang tiada diundang...
Bertahun kita melangkah bersama.. Seia cita-cita buat bekalan kesana..
Harapan ayah bonda... Janji pada agama....
Kita kan terus mara.. Biarpun badai yang datang melanda..
Kita hanya mampu berusaha.. Hanya Allah menentukannya..
Segalanya adalah miliknya... Dalam berusaha kita diuji..
Kekadang tohmah kita dicaci.. Diturutkan rasa hati..
Ingin dilepaskan beban ini.....
Amir tertarik untuk menghayati alunan lagu dendangan kumpulan Far East yang sedang berkumandang di corong radio. Terpukul hatinya tatkala mendengarkan bait-bait lagu tersebut. Astaghfirullah hal ‘azim.... Amir beristighfar di dalam hati. ‘Ya Allah.. tabahkanlah hati hambamu ini..’.
Sementara itu, di rumah banglo milik Puan Raida yang bertentangan dengan rumah Pak Arshad, Puan Raida dan Aisyah juga sedang membincangkan hal yang sama.
“Aisyah sayangkan Amir, ibu...” bercucuran air mata Aisyah membasahi pipinya yang gebu itu.
“Maafkan ibu, Aisyah.. ibu tak sangka perkara ni boleh jadi macam ni..” Puan Raida memeluk Aisyah dan cuba untuk menenangkannya.
“Ibu tak perlu minta maaf... ibu tak bersalah.. mungkin semua ni dah ditakdirkan..” esakan Aisyah semakin jelas kedengaran.
“Tidak Aisyah, ibu akan batalkan......”
“Jangan ibu..!”
Belum sempat Puan Raida menghabiskan kata-katanya, Aisyah memintas kata-kata itu lalu menggenggam erat tangan ibunya.
bersambung....
bersambung....
No comments:
Post a Comment